09 September 2015

Penglibatan KD Ledang di dalam 6th WP MCMEX 2015

09 September 2015


KD LEDANG merapat ke jeti Changi Naval Base (all photos : TLDM)

Lumut  -  WP MCMEX 2015 merupakan eksesais multilateral yang melibatkan seramai 800 anggota tentera, 13 buah kapal termasuk 5 buah Autonomous Underwater Vehicle (AUV) dari 16 buah negara.  Eksesais ini telah dianjurkan bersama oleh Republic of Singapore Navy (RSN) dan Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI-AL).


Kerja-kerja pemasangan MDC serta firing unit sedang dilakukan oleh warga KD Ledang

Eksesais kali yang keenam ini telah dirasmikan pada 25 Ogos 15 oleh Panglima Tentera Laut Singapura dan berakhir pada 31 Ogos 15.  Latihan kali ini tertumpu kepada bidang Mine Hunting dan Mine Sweeping yang diadakan di sekitar perairan Selat Singapura dan Pulau Bintan Indonesia.  Selain itu ia dapat memberi peluang untuk berkongsi kemahiran dan kefungsian aset milik negara yang terlibat.


MDV OLISTER menuju ke sasaran

Negara Western Pacific yang terlibat untuk edisi kali ini adalah Australia, Bangladesh, Brunei, Kanada, Chile, Indonesia, Jepun, New Zealand, Peru, Filipina, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia. Sebanyak 13 buah kapal daripada Tentera Laut asing terlibat dalam eksesais ini. Kapal-kapal yang terlibat adalah RSS PUNGGOL dan RSS BEDOK (Singapura), KRI PULAU RANGSANG, KRI PULAU RENGAT dan KRI TELUK CERIBON (Indonesia), HTMS NONG SARAI dan HTMS BANGRACHAN (Thailand), JS AISHIMA, JS SHISHIJIMA dan JS BUNGO (Jepun), ROKS WONSAN (Korea) serta KD LEDANG yang mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia.

Antara kepentingan di dalam kerjasama multilateral seperti ini ialah “Freedom of Navigation In The Sea Line of Communication (SLOC)” serta sentiasa siap siaga dan bersedia dari sebarang ancaman.  Selain dari itu ia merupakan platform yang baik dalam merapatkan jaringan persahabatan dan memperkuatkan persefahaman di antara anggota tentera dari pelbagai negara.


MDV OLISTER selepas dilancarkan

Latihan seperti ini bukan sahaja memartabatkan nilai kesefahaman, persahabatan dan interoperability bahkan ia mempamerkan kesungguhan dan komitmen negara yang menyertai eksesais ini terhadap kerjasama multilateral dan keselamatan persempadanan.

WP MCMEX 2015 terbahagi kepada 4 fasa iaitu:

a.    Fasa Pertama (25 – 26 Ogos 15) – Shore Planning.
b.    Fasa Kedua (27 – 28 Ogos 15) – Force Intergration Training (FIT).
c.    Fasa Ketiga (29 – 30 Ogos 15) – Tactical Freeplay.
d.    Fasa Keempat (31 Ogos 15) – Post Exercise.


Tim Pusat Informasi Tempur semasa pelaksanaan penembakan MDC

KD LEDANG telah ditugaskan di dalam unit yang turut disertai KRI PULAU RENGAT (Indonesia) dan HTMS NONG SARAI (Thailand). Unit ini telah ditugaskan untuk melaksanakan Exploratory Hunting, penembakan Mine Disposal Charge (MDC) serta beberapa latihan ilmu kelautan.

Untuk siri penembakan MDC kali ini sebanyak empat buah kapal yang telah terpilih untuk melaksanakan misi penembakan. Walau bagaimanapun hanya KD LEDANG dan RSS PUNGGOL sahaja yang berjaya melaksanakan penembakan ini. Kejayaan KD LEDANG dalam melaksanakan penembakan MDC telah mempamerkan tahap kesungguhan warga dalam memastikan kefungsian peralatan dan sistem mine hunting beroperasi pada tahap optimum.


Letupan MDC

Eksesais yang berisiko tinggi ini memerlukan tahap kemahiran dan kecekapan yang tinggi bagi memastikan War charge dilancarkan ke posisi yang tepat pada sasaran. Penembakan ini memerlukan pengoperasian sonar dan Remote Operating Vehicle (ROV) berada pada tahap optimum. Pada D-Day (28 Ogos 15), KD LEDANG dibawah Perintah RSS PUNGGOL telah berjaya melaksanakan penembakan tersebut pada jarak selamat 500 meter.


Kapal-kapal yang terlibat di dalam WP MCMEX 2015

Kejayaan bersama antara KD LEDANG dan RSS PUNGGOL  di dalam penembakan tersebut telah mendapat penghormatan dari Eksesais Direktor semasa ucapan penutup beliau. Kejayaan ini juga telah disaksikan oleh sea rider dari Korea Selatan dan Indonesia yang berada di KD LEDANG. Kejayaan KD LEDANG di dalam penembakan tersebut adalah disebabkan oleh persiapan dan latihan yang berterusan. Sebagai rekod, KD LEDANG telah berjaya melaksanakan penembakan MDC sebanyak 4 kali sejak Oktober 2014. Kejayaan ini sedikit sebanyak telah meningkatkan reputasi TLDM dan sekaligus membuktikan Skuadron Penangkis Periuk Api ke - 26 TLDM merupakan antara yang terbaik di rantau ini.

(TLDM)

1 komentar: