01 September 2016

Penampilan Sulung Lipan Bara Aset Terbaharu Milik Angkatan Tentera Malaysia

01 September 2016


Lipan Bara kendaraan HMAV 4x4 (photo : Utusan) 

KERETA kebal Pendekar dan Lipan Bara

KUALA LUMPUR  - Lipan Bara, kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperlihatkan kepada orang ramai buat kali pertama dalam perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ke-59 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Kereta perisai bermobiliti tinggi (HMAV) itu mampu me­ngangkut muatan seberat sehingga dua tan serta mempunyai tahap perlindungan dan kekebalan yang menepati piawaian protokol STANAG 4569 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Aset terbaharu ATM dengan keupayaan pacuan empat roda tersebut dilengkapi sistem persenjataan M134D-H Gatling Gun 7.62mm, pelancar grenad 76mm dan alat amaran laser.


Lipan Bara hasil kerjasama Deftech dan Chaiseri Co Ltd - Thailand (photo : Defence Blog)

Lipan Bara yang dikeluarkan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pame­ran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016, di sini April lalu.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, rakyat seharusnya menghargai jasa pasukan keselamatan yang bekerja keras memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman.

“Adalah penting bagi kita bersatu untuk mempertahankan negara ini, tanpa mengira apa pun bangsa atau agama kita,” katanya kepada pemberita selepas me­nyaksikan acara perbarisan dan perarakan tersebut.

Menurut beliau, sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 yang berjalan lancar dan meriah tahun ini membuktikan rakyat memilih untuk bersatu demi memastikan negara kekal merdeka.

(Utusan)

10 komentar:

  1. Dlu katanya malaysia beli anoa, bgmn kelanjutannya?

    BalasHapus
  2. Balasan
    1. Malangnya pembeliannya telah dibatalkan

      Hapus
    2. Mungkin pindad gak mau kalo merk/pindad nya di rubah kalo dibeli malay nanti..jd gak deal deh...hik hik hik

      Hapus
  3. Lipan bara 4x4 made in thailand
    Ati2 jangan percaya klaim2nya
    Hihi

    BalasHapus
    Balasan
    1. Its a collabiration between chaiseri and deftech. You can search it in google. So its not really wrong if they claim it to be made by Malaysia. Deftech never said they made it alone. They always said that the av4 is made based on chaiseri first win.

      Hapus
  4. Sudah beli blue print boleh modify dan produksi sendiri ya.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Iya. Kerjasama dgn deftech dan chaiseri thailand. Nanti akan dibuat di kilang deftech sebanyak 200 unit. Banyak perubahan di bahagian dlm dan cuma sedikit di bahagian luar..

      Hapus
  5. Sudah beli blue print boleh modify dan produksi sendiri ya.

    BalasHapus