05 Agustus 2019

Operasi Helikopter Nuri Digantung – Panglima Tentera Udara

05 Agustus 2019


Helikopter S-61A Nuri TUDM (photo : helosrgreat)

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang hari ini menyatakan operasi perkhidmatan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri telah digantung untuk sementara waktu.

“Pada ketika ini, kita telah menggantung perkhidmatan Nuri sementara menunggu hasil siasatan kemalangan,” katanya.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika dihubungi Air Times News Network bagi mengulas insiden sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan mendarat cemas di Kem Gubir, Kedah.

Semalam, sebuah helikopter Nuri yang membawa 4 orang anak kapal berserta 11 orang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mendarat cemas di dalam kawasan kem Gubir. Kesemua penumpang berserta anak kapal dilaporkan selamat dan mengalami kecederaan ringan.

Menyentuh sama ada helikopter Nuri akan diteruskan perkhidmatannya, Panglima Tentera Udara menjelaskan keputusan tersebut akan dibuat selepas siasatan kes selesai.

“Keputusan untuk sama ada untuk meneruskan atau menghentikan perkhidmatan Nuri akan ditentukan selepas penyiasatan kes ini selesai,” jelas Affendi.

Mengenai program penggantian Nuri, beliau turut menyatakan perkara tersebut telah diterapkan dalam Program Capability 2055 (CAP 55) TUDM.

Helikopter Sikorsky S-61A-4 atau lebih dikenali sebagai Nuri merupakan sebuah helikopter ikonik kerana tempoh perkhidmatannya yang panjang dalam TUDM semenjak tahun 1967. Untuk rekod, perolehan helikopter ini telah dilakukan secara dua peringkat dengan perolehan kumpulan pertama yang melibatkan 10 buah Nuri.

(AirTimes)

9 komentar:

  1. Flying Cofin from Kingdom Malon (maid of london)

    BalasHapus
  2. Ni negara yg katanya lebih kaya dari Indo, lebih modern dan lebih maju.. isinya rongsokan

    BalasHapus
  3. wkwkwkw, digantung = dibunuh, dasar malon tolol,

    BalasHapus
  4. But.. but.. Nuri is the mightiest helicopter ever in malas-sia.

    kahkahkah

    BalasHapus
  5. Sekalian gantung diri kasaunya malon tak bisa sediakan alat perang baru๐Ÿ˜

    BalasHapus
  6. Warga malon tudm dan nuri lebih baik gantung diri masal

    BalasHapus