Malaysia teken LoI untuk menambah empat helikopter H225M, langkah ini akan menambah jumlah armada H225M TUDM dari 12 unit menjadi 16 unit (photo: Airbus)
Malaysia-Perancis Perkukuh Kerjasama Strategik Pertahanan
KUALA LUMPUR – Malaysia dan Republik Perancis terus memperkukuh hubungan pertahanan dua hala menerusi kerjasama strategik, perolehan aset ketenteraan dan pembangunan industri pertahanan bagi meningkatkan keupayaan serta kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pertemuan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dengan Presiden Republik Perancis, TYT Emmanuel Macron di Bangunan Sultan Abdul Samad memberi tumpuan kepada tiga dokumen kerjasama strategik melibatkan pembangunan keupayaan pertahanan, keselamatan serantau dan perlindungan maklumat terkelas, selain cadangan perolehan empat helikopter Mencari dan Menyelamat Tempur (CSAR) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sementara itu, Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, TYT Catherine Vautrin di Wisma Perwira ATM, sebelum menyaksikan Majlis Penyerahan dan Pertukaran Dokumen Industri Pertahanan Malaysia–Perancis.
Majlis tersebut melibatkan tujuh dokumen, terdiri daripada empat Surat Niat (LOI) dan tiga Memorandum Persefahaman (MoU), merangkumi cadangan perolehan sistem meriam ringan 105mm daripada KNDS, pemodenan kapal selam Scorpène bersama Naval Group, Thales dan Safran, pembangunan teknologi satelit, komunikasi taktikal kenderaan perisai Tarantula serta kepakaran penyelenggaraan enjin helikopter.
Malaysia teken LoI untuk pengadaan 36 unit tambahan howitzer LG1 Mk III kaliber 105mm, dengan tambahan 36 unit baru ini, total howitzer ringan LG1 Mk III TDM menjadi 54 unit (photo: Malaysian Defence)
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain yang mewakili Panglima Angkatan Tentera.
Kerjasama ini memperkukuh diplomasi pertahanan, pemodenan ATM dan pembangunan industri pertahanan tempatan melalui pemindahan teknologi serta peningkatan kepakaran selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN). (MYKemhan)
Memperkukuh keupayaan pertahanan dan industri pertahanan
Seusai pertemuan dua hala bersama PYT Catherine Vautrin, Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, kami menyaksikan penyerahan LOI dan pertukaran MoU melibatkan Kementerian Pertahanan serta syarikat Malaysia dan Perancis di Wisma Perwira ATM.
Kementerian Pertahanan menyerahkan LOI kepada KNDS bagi cadangan perolehan sistem meriam ringan 105mm, manakala Boustead Submarine Engineering Services (BSES) menyerahkan tiga LOI kepada Naval Group, Thales dan Safran bagi program “Mid-Life Upgrade” (MLU) kapal selam Scorpène TLDM.
Malaysia teken LOI untuk upgrade kapal selam Scorpène TLDM dengan Naval Group (CMS, sistem manajemen platform terintegrasi, jaringan Depth Trim, serta pemeliharaan dan pasokan suku cadang kritis), Thales (sistem Radar ESM dan sonar) serta Safran (sistem navigasi dan optronik) (photo: TLDM)
Turut berlangsung pertukaran MoU antara Weststar Aerospace dan Thales, MILDEF dan Thales, serta Global Turbine Asia dan Safran Helicopter Engines, meliputi kerjasama teknologi pertahanan, sistem komunikasi taktikal dan penyelenggaraan enjin helikopter.
Kerjasama ini penting untuk meningkatkan kesiagaan ATM, memperkukuh industri pertahanan tempatan serta membangunkan “sovereign capability” negara melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kepakaran. (Khaled Nordin)









.jpg)













