24 Oktober 2012

Pelancaran Misil SeaWolf, Bukti Kesiagaan Tinggi TLDM

24 Oktober 2012

Misil Seawolf mengenai sasaran (all photos : TLDM)

TLDM sekali lagi membuktikan tahap kesiagaannya di tahap tertinggi dengan kejayaan penembakan peluru berpandu atau misil dari permukaan ke sasaran udara (surface to air) di Perairan Selat Melaka pada 23 Oktober 2012. Penembakan kontraktual misil jenis Vetical Launch Seawolf (VLSW) ini telah dilancarkan dari platform kapal Kelas Frigat, Kapal Diraja (KD) LEKIU ke sasaran udara TGX-2 yang ditunda oleh pesawat Learjet 35 A.


Penembakan misil Seawolf telah dilancarkan sewaktu siri latihan bulanan Armada TLDM iaitu Perang Pangkor 9/2012 yang dilaksanakan sekitar Perairan Selat Melaka Utara. Dalam penembakan pagi semalam, Seawolf dari KD LEKIU telah berjaya mengenai dan memusnahkan sasaran pada jarak, ketinggian dan kelajuan sepertimana yang telah diprogramkan. Seawolf mempunyai panjang 2.995 meter dengan berat 136.5 kilogram boleh meluncur pada kelajuan sehingga 333 meter sesaat serta boleh beroperasi dalam apa juga keadaan cuaca. Ia berupaya memusnahkan sasaran udara seperti jet pejuang dan peluru berpandu.


Kejayaan penembakan ini nyata telah sekali lagi membuktikan keupayaan aset dan sistem persenjataan TLDM berada di tahap yang amat meyakinkan. Ia juga sekaligus menzahirkan kepada dunia bahawa keupayaan perang TLDM dan kompetensi perancang latihan, pengendali, pengurusan, penyelenggaraan dan pengoperasian aset Armada TLDM, berada di tahap kesiagaan yang tinggi dan terlatih. Untuk rekod, pada tahun ini, TLDM pada 20 September 2012, telah berjaya melancarkan misil jenis Exocet MM40 dari KD LEKIU dan misil jenis Sea Skua dari helikopter TLDM jenis Super Lynx dalam Penembakan Bersepadu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama TUDM dan TDM dalam Eksesais ANGSA 7/2012.


Dalam menentukan kejayaan operasi penembakan kali ini, pelbagai aset dan unit TLDM  telah terlibat dengan pelbagai tugas yang telah ditetapkan. Antara tugas yang dilaksanakan ialah perancangan latihan, tinjauan dan pembersihan kawasan, penyediaan misil dan rakaman serta analisis.

Aset dan unit TLDM yang terlibat diantaranya ialah Markas Armada, Depot Peluru dan Letupan, KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, KD SELANGOR, Combat Boat (CB) 90, pesawat Super Lynx, pesawat Fennec dan Tim Rakaman dan Analisis dari Weapon Trial and Assesment Team (WTAT) dari Markas Sitem Armada serta Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan. Kejayaan penembakan misil Seawolf dari KD LEKIU sekali lagi telah melakarkan nama ATM dan TLDM khasnya sebagai pasukan Angkatan Tentera yang wajar digeruni di rantau ini.

(TLDM)

9 komentar:

  1. inikah jawaban malon untuk rudal yakhont tni

    BalasHapus
  2. Balasan
    1. Takut. .... lari...kapal Tldm dijaga Seawolf, rudal buatan WW2...yang jarak jangkaunya cuman 7 kilo. Seawolf mau menahan YAKHONT....jelas mimpi. Diserang C705 saja belum tentu bisa nahan. Ini sih .....Tldm menghibur diri..he..he...

      Hapus
    2. Ini jawapan malon untuk alutsista WW2 INdogs

      Hapus
  3. hehehe..nggak takutlah... Nggak ada dalam sejarah Indonesia takut dengan negara lain...Kemerdekaan Indonesia diperoleh dari KEBERANIAN DAN PERJUANGAN HEROIK..hehehe.. BUKAN DARI PEMBERIAN dari negara lain hihihi...

    BalasHapus
    Balasan
    1. Nampak sangat lo nie bodo anjing siall tak belajar sejarah..sebelum ko bagi komen sini suru semua indonesial yang ada di malaysia balik negara lo babi lo..

      Hapus
  4. Klaulah kamu hndak berperang, kmu akan mnerima :
    I. Kematian brjta2 pnduduk yg x brsalah.
    II. Krajaan akn muflis atau bangkrap krana banyk kwangan dlaburkan dalam sektor pprangan.
    III. Ckai atau brang mkanan trpaksa dinaikkan untuk mngelak dari muflis.
    Ksimpulannya, jka kmu brprang, kmu akn rugiiii yg tramat. Sdangkan kami mnikmati nikmat dri pemberian krajaan. IBARAT: HENDAK MENCARI KUDIS DIKAKI ORANG, SEDANGKAN KUDIS DIKAKI SENDIRI BELUM PULIH...

    BalasHapus
  5. hahaa...sea wolf mau lwn YAKHONT Mimpi x ye...yakhont di pasang sendiri di kapal perang yg buatan sendiri juga, kalo malon pasti di pasangi tuan nya inggris hahaha goblok kau malon!

    BalasHapus
    Balasan
    1. Lo la goblok bodo kapal buatan negara lo semuanya barang barang tak tahan lama ntah kalau belayar msuk perairan sabah atau malaysia boleh keluar lagi atau tak bodo indonesial haha..sepak kepala ko nie sialll...

      Hapus